Tuesday, 20 September 2011

MINGGU 3 .. JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU )


JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

DEFINISI
  • Menurut Kubiszyn dan Borich (2003)-JSU (Test Specification Table) adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur.
  • JSU merupakan rancangan persediaan soalan yang dikenali sebagai “ Test Blue Print”.
  • Merupakan matrik yang terdiri daripada 2 paksi iaitu paksi kandungan (menegak) dan paksi aras kemahiran ( melintang)
  • Kandungan topik-topik pengajaran
  • Aras kemahiran mengikut aras taksonomi pendidikan
  • Pemberatan (peratus) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan tempoh masa mengajar dan kepentingan sesuatu pengajaran diajar
  • Bilangan item mengikut bentuk atau kandungan aras sesuatu kemahiran.
BENTUK-BENTUK UJIAN
  • Objektif
  • Esei
  • Amali
  • Kertas Khusus (dll)
KEPENTINGAN JSU
  • Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi.
  • Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran
  • Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
  • Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
  • Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
  • Membandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain
PENYEDIAAN JSU
  • JSU mengandungi maklumat tentang:
  • Bentuk dan panjangnya ujian
  • Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
  • JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.
  • Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran.
  • Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.
  • Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.
  • Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
  • Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.
PENENTUAN ARAS
  • Pengetahuan
  • Aplikasi
  • Kefahaman
  • Analisis
  • Sintesis
  • Penilaian
ARAS PENGETAHUAN
Ciri soalan
Memerlukan calon mengingat semula. Jawapan calon menggunakan bahasa asal
Contoh Kata Kerja
  • Labelkan
  • Senaraikan
  • Manakah
  • Apakah

ARAS KEFAHAMAN
Ciri Soalan
Memerlukan calon memahami fakta dan menghuraikannya, memberi contoh atau ilutrasi dalam bahasanya sendiri
Contoh Kata Kerja
  • Terangkan
  • Jelaskan
  • Huraikan
  • Tukarkan

ARAS APLIKASI
Ciri Soalan
Memerlukan calon menyelesaikan masalah.Masalah diselesaikan dengan cara tersendiri menggunakan gabungan teori, pengalaman dan pelbagai kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai unsure persamaan.
Contoh Kata Kerja
  • Selesaikan
  • Binakan
  • Carikan
  • Tunjukkan
  • Kirakan
  • Demonstrasikan

LANGKAH-LANGKAH MEMBINA JSU
Langkah Pertama
Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji.
Langkah Kedua
  • Tentukan soalan yang hendak dibina
  • Objektif
  • Jumlah soalan bagi setiap topik.

Langkah Ketiga
Tentukan model aras kesusahan / kesukaran item – lazimnya JSU menggunakan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.
Langkah Keempat
Pastikan jenis ujian yang akan diuji, antaranya ujian objektif, esei, struktur (dll).
Langkah Kelima
  • Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen.
  • Menentukan aras kesukaran soalan
  • Penetapan markah

Langkah Keenam
Menyatakan mata pelajaran- kelas/ susunan nombor soalan mengikut tajuk

No comments:

Post a Comment