Tuesday, 20 September 2011

MINGGU 10 .. PENILAIAN AKTIVITI BAHASA


FORUM
-Sesi perbincangan melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk.
-Dijalankan secara formal.
-Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai kerana :
1. -pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung
2. -meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
-Tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
-Soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.


DEBAT
-Pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
-Terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu.
-Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta.
-Setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan.
-Pihak pemnbangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya.
-Sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai.
masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.

PIDATO
Huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
Pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
Hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.


PANTUN
  • Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi tradisional bersifat peribumi.
  • Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, berbentuk kias ibarat, usik mengusik, dan puji memuji.
  • Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
  • Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”.
  • Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan
  • Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang. Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.
SAJAK
  • Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas berbanding puisi tradisional seperti pantun dan syair.
  • Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
  • Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.
CERAMAH

  • Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
  • Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
  • Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.antara jenis-jenis ceramah ialah :-
i) Ceramah agama
ii) Ceramah pendidikan
iii) Ceramah kesihatan
iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya


SYARAHAN
  • Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :
    (a) Kata alu-aluan/pendahuluan
    (b) Kata-kata penghadapan
    (c) Isi
    (d) Penutup
  • Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
  • Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat bersertacontoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.
  • Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan.
Peringkat / Langkah Kemahiran

1)Persediaan
• Memahami tajuk dan kehendak soalan.
• Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan
• Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan

2) Penulisan
• Menulis perenggan pendahuluan
• Mengembangkan isi-isi secara tersusun
• Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup

3)Penyemakan
• Menyemak ejaan dan tanda baca
• Menyemak tatabahasa
• Menyemak jumlah perkataan

No comments:

Post a Comment